Tuesday, 8 May 2007

Minda Cekal Sdn Bhd

Hari ini saya terfikir sejenak tentang nama 'minda cekal' yang saya gunakan di sini. Terlintas di fikiran untuk menubuhkan sebuah syarikat perniagaan menggunakan nama "Minda Cekal Sdn Bhd". Bagi saya ianya menarik untuk dikomersilkan.
Perniagaan yang macamana ? Saya berminat untuk berjinak-jinak dalam penulisan dan motivasi. Saya berminat untuk mengkaji personaliti dan character manusia sebagai hobi. Masih banyak persoalan tentang diri manusia yang saya tidak ketahui sehingga kini.
Buat masa ini saya lebih suka mengkaji kekuatan dan kelemahan diri sendiri, di samping mengambil iktibar ke atas keadaan sekeliling. Saya bersyukur kerana minda saya masih boleh berfikir dan menerbitkan idea-idea yang baik bagi meningkatkan kemampuan diri. Insyaallah selepas ini saya akan berkongsi dengan orang lain formula kehidupan saya agar kesilapan saya dapat dijadikan iktibar dan kelebihan saya dapat di teladani.

No comments: