Wednesday 10 October 2007

Laporan Ringkas Majlis Buka Puasa

Majlis buka puasa berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Kehadiran alhamdulillah, memenuhi meja & tempat duduk yang ditempah. Malangnya ada beberapa org kawan yang tak dapat hadir pada saat-saat akhir atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, termasuklah Mat Tech yang sakit tengkuk dan demam.

Kucai yang dah lama saya tak jumpa, datang dgn wife begitu juga dengan pasangan romantik pengantin baru Paen & Mawar yang masih lagi dalam honeymoon period. Dah lama tak jumpa Kucai, tapi seperti saya, Kirk, Bai, Buyong, Sujak, Papp, Pet, Mem, Bers dan semua rakan-rakan yang lain yang hadir tapi tak disebut di sini, masih maintain macho & hensem (kah kah kah). Mungkin juga disebabkan kami semua lahir dalam tahun Harimau, menyebabkan kami semua awet muda kot....

Bentong pun tak datang, walaupun telah mengesahkan kehadirannya sebelum ni. Walaubagaimanapun, Amer Kong telah menggamatkan suasana dengan tidak hadir bersama teman "+1" nya. Ramai yang tertunggu-tunggu siapakah teman "+1" yang bertuah tu, tapi semuanya hampa. Akan tetapi, untuk mengubati kehampaan rakan-rakan, selepas sembahyang mahgrib, Amer telah membuat pengumuman dan mengedarkan sekali Kad Jemputan Kahwin beliau yang akan diadakan insyaallah pada 24.11.2007 nanti !! Maka sekonyong-konyongnye terdiamlah sekejap mulut pengkritik-pengkritik bebas yang baru nak start kenakan Amer sbb datang sorang jer... Anyway, Alhamdulillah & tahniah pada Amer....

Dengan tak semena-mena, semua orang pressure Buyong malam tu, termasuklah 'juara nasik tambah' iaitu saudara Tamoll. Namun, Buyong dengan steadynya berjaya menepis tekanan-tekanan tersebut seperti biasa dan menampakkan kematangan & pengalaman beliau sebagai "the undisputed" Pengerusi Kelab Bujang selama ini. Setelah dicongak-congak oleh kawan-kawan semua, tinggallah Buyong & Bandit yang masih mengekalkan status bujang masing-masing. Nampaknya persaingan merebut status Pengerusi Kelab Bujang dah tak sehangat tahun-tahun sebelum ni. Tapi kawan-kawan, jangan pandang mereka sebelah mata, siapa tahu, mungkin pada majlis buka puasa tahun depan (atau lebih awal dari tu) kita semua akan menerima breaking news dari Buyong & Bandit, insyaallah...(sama-samalah kita doakan)

Kepada Mem yang baru dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan semalam, tahniah kerana melengkapkan "Mem's Angels" anda...

Kepada semua kawan-kawan, puasa dah tinggal 2 hari saja lagi. Marilah kita penuhi dengan lebih amal ibadat semoga kita menutup puasa tahun ini dengan hebat & cemerlang...
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat atas ketelanjuran tutur kata atau perbuatan saya selama ini.

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati, ingatlah orang tersayang, anda mampu mengubahnya !!

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Friday 5 October 2007

Esok Reunion Buka Puasa SMAP !!

Esok antara hari yang ditunggu-tunggu setiap kali tiba Ramadhan. Dah jadi satu kemestian utk kami semua jumpa dan buka puasa sama-sama. Kalau tak silap acara ni bermula sejak tahun 1992 sampailah sekarang. Maknanya dah lebih kurang 15 tahun !!
Setiap tahun ade je cerita2 hangat yg terbaru utk jadi bahan borak sampai subuh. Antara topik menarik kali ni ialah kemunculan kawan lama Bentong yang dikait2kan dengan Bai (saya sendiri mensensasikannya !!) Tetiba jer yahoogroup hangat dgn citer dia ... ala2 pemanas badan sebelum semua bersemuka dan memecahkan perut masing2 dengan cerita2 lama yg sentiasa evergreen...contohnya cerita siku Boy & kisah towel Bundle & Salim !! Skrg pun saya dah tergelak sorang2 bila teringat cerita tu ... Ha Ha Ha !!
Kawan2...jumpa esok !!

Wednesday 3 October 2007

Jumpa Kawan Lama...

Petang semalam masa di RHB Taman Midah, saya terjumpa kawan lama (Azrul @ Bentong) masa sekolah menengah dulu. Saya pun tak pasti kenapa orang panggil dia 'Bentong'. Kali terakhir jumpa dia masa saya belajar di UIA. Dia tak banyak berubah, cuma makin berisi skit. Kebetulan sabtu ni ada reunion Buka Puasa kawan-kawan sekolah di KL, jadi saya jemput dia sekali. Rupa-rupanya dia duduk di Bdr Tun Razak, tempat yg saya selalu pergi, tapi tak pernah terserempak dgn dia kat situ.


Semalam, sekali lagi saya berbuka di pejabat. Kali ni sorang-sorang je. memandangkan saya tak sihat, hanya makan kek Secret Recipe 2 potong dan air 100 plus.


Hopefully hari ni dapat buka puasa dgn org tersayang....amin !

Monday 1 October 2007

Buka Puasa Di Ofis Je !

Saya berbuka puasa di ofis hari ni, sebab nak menunggu siapnya kerja klien saya di afrika. Memandangkan beza masa antara Malaysia dan Burkina Faso adalah 8 jam, saya terpaksa menghabiskan masa di ofis sehingga menerima arahan selanjutnya dari klien. Apa nak buat, dah tugas, kenalah disudahkan. Tapi seronok jugak sekali sekala macam ni, sekurang-kurangnya ada kelainan juga.
Berbuka dgn kawan-kawan, Rahim, Bidi & Joe. Makanan pun sedap jugak, kuih keladi, murtabak, samosa, cendol, air tebu & nasik beriyani lagi ! Banyak jugak tu ! Alhamdulillah....rezeki, tuhan nak bagi...
Dah lama tak tulis blog ni....nampaknya saya masih ada masalah utk menulis secara konsisten. tapi ada hati nak jadi penulis...camne ni?