Sunday 13 September 2009

Seminggu Sebelum Raya !!

Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, maka ramailah manusia berduyun-duyun melangkah ke Jalan TAR untuk membuat persiapan terakhir. Maka tak terkecualilah saya dan isteri berkunjung ke Jalan TAR seawal jam 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan dan meramaikan lagi keadaan yang semamangnya sesak di sana.


Gambar-gambar yang saya ambik ni sebenarnya dalam sekitar pukul 12.45 tgh hari, setelah selesai kami 'membeli-belah' di sana. Bukannya beli apa pun, tudung raya isteri saya jer (nasib baiklah jumpa yg berkenan).



Saya simpati dengan ramai rakan-rakan seangkatan saya (suami-suami mithali) yang setia menunggu anak-anak agar isteri masing-masing boleh beli belah dengan selesa. Besar sungguh pengorbanan ayah-ayah di bulan puasa ni...semoga diberkati Tuhan.



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, Maaf Zahir Batin.

Tuesday 4 August 2009

Golf !

Jari hantu sebelah kanan yang patah baru saja sembuh bulan Mei hari tu. Masuk hari ni, dah 3 kali saya berjinak2 kembali dengan golf. Game saya masih huru hara. Nak kena belajar dengan sifu jugak ni. Kawan2 semua kebanyakan dah advance beberapa kilometer di depan. Susah jugak nak catch up ni. Baru rasa nak belajar dan training betul2, dah nak puasa pulak. Jadi kenalah tangguh dulu niat tu dan sambung lepas raya nanti. Tengoklah macam mana nanti.

Saturday 2 May 2009

Cuti Hari Pekerja macam cuti Hari Raya !

Tanggal 1 Mei setiap tahun kita sambut Hari Pekerja. Kebetulannya tahun ni jatuh hari jumaat, jadi panjanglah cuti hujung minggu. Sebetulnya kami sekeluarga nak ke Melaka melawat adik beradik di sana, tapi last minute, buat keputusan untuk balik kampung.

Semalam kami bertolak pukul 11 pagi dari rumah. Sampai ke Semanggol 10 minit nak pukul 5 ptg. Kami dah agak jalan akan penuh dengan kereta, tapi tak sangka sesak macam balik Raya. Semua R&R sepanjang PLUS penuh sesak dengan orang. Ramai jugak yang ambik kesempatan berkelah di bawah-bawah pokok. Kami berkelah makan KFC saja dalam kereta di R&R Tapah.

Walaupun perjalanan letih tapi seronok. Ahad ni nak balik kl, nak bertolak pukul berapa pulak? Entahler, kena ikut instinct.

Thursday 23 April 2009

Izzah Irdhina

Kali terakhir saya menulis di blog ni - tahun lepas. Masa tu, isteri sedang di wad bersalin. ALhamdulillah 25.10.2008 puteri kedua saya selamat dilahirkan dan diberi nama Izzah Irdhina.

3 malam kami berkampung di wad bersalin, tapi malam keempat barulah izzah dilahirkan. Itu pun lepas saya berbisik padanya masa masih dalam kandungan bagitau yang kami buat keputusan untuk menamakannya izzah irdhina. Lepas je confirm nama, terus sakit nak bersalin dan bersalin. Mungkin kebetulan kot.

Sekarang izzah dah nak masuk 6 bulan. Dah mula makan nestum beras dan biskut bayi. Seronoknya rasa setiap kali teringatkan izzah. Kesian jugak kat ibunya yang tak pernah jemu layan kerenah izzah. Kak yongnya pun sama, tak jemu-jemu buat lawak kat adik kesayangannya tu. Hidup kami benar-benar berubah dengan kehadiran izzah. Semoga tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki kami sekeluarga. Insyaallah.