Tuesday, 20 December 2011
Hari Pertama Izzah Irdhina ke Sekolah
Pagi semalam merupakan hari pertama Izzah ke sekolahnya untuk 'Minggu Orientasi'. Walaupun kami hantar Izzah untuk 'Play School' sahaja, masih ada orientasi jugak bermula semalam hingga 30.12.2011. Hebat sungguh kanak-kanak zaman sekarang ni....
2-3 hari sebelumnya kami dah 'orientasi' kan Izzah supaya dia boleh bangun awal utk ke sekolah, sebab kebiasaannya Izzah akan bangun pukul 10 pagi ke atas. Ibu Izzah lah orang yang paling banyak berpesan kat Izzah sebelum dia mula sekolah, macam nak naik darjah 1 pulak.
Pagi semalam Izzah bangun pukul 8.15 pagi setelah dipujuk-pujuk untuk bangun. Sementara nak sampai depan pintu bilik air 4-5 kali jugak dia terlelap. Semangat Izzah nak pegi sekolah memang tinggi, walaupun dalam keadaan mengantuk....digagahi jugak mandi pagi semalam walaupun sambil berdiri mandi, sambil tersengguk-sengguk. Kesian ada, kelakar pun ada tengok izzah mandi.
Lepas mandi dan siap pakai baju, rutin biasa izzah ialah breakfast nenen botol sambil tengok kartun kat astro. Tapi pagi semalam tak sempat Izzah nak berehat-rehat menikmati breakfast, dah kena kejan dengan abah suruh naik kereta. Terpaksalah sambung nenen dalam kereta pulak. Belum pun habis nenen dah sampai sekolah....tapi Izzah tetap bersemangat dan senyum gembira nak mula sekolah. Kakak Hanan dan abah hantar sampai depan pintu sekolah dan lepas jumpa teacher, dia terus masuk, tak ingat dah kat kami yang hantar dia...macho sungguh.
Yang herannya ada 2-3 orang budak lelaki tengah menangis nak balik, semuanya nampak lebih tua dari Izzah. Ada sorang budak ni sampai tunggu depan pintu keluar dan nak menyelit lari keluar dengan kami. Kesian sungguh tengok muka dia, sungguh terseksa nampaknya kena pergi sekolah....(mungkin ibu dia tak 'orientasi' dia macam ibu Izzah buat....hehe)
Pukul 11 pagi saya jemput Izzah balik. Bangga rasanya bila teacher Izzah bagitau "Izzah bagus takde masalah, dia pandai bawak diri". Tahniah Izzah....hari pertama sekolah yang hebat!! We are proud of you!!
Friday, 16 December 2011
Azam baru !
Dah lebih 2 tahun sejak kali terakhir saya membuat catatan di sini.....sekejap saja masa berjalan.
Oleh yang demikian, saya dengan ini berazam dengan sepenuh hati untuk memakmurkan blog saya dgn catatan-catatan yang menarik memandangkan sudah tak ada lagi alasan utk tidak bergiat aktif. Ini kerana saya boleh mencatat apa jua di mana saja berbekalkan telefon pintar Blakckberry dan Samsung Note saya.....
Semoga azam kali ini akan dilaksanakan dengan jayanya....insyaallah
Sunday, 13 September 2009
Seminggu Sebelum Raya !!
Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, maka ramailah manusia berduyun-duyun melangkah ke Jalan TAR untuk membuat persiapan terakhir. Maka tak terkecualilah saya dan isteri berkunjung ke Jalan TAR seawal jam 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan dan meramaikan lagi keadaan yang semamangnya sesak di sana.

Gambar-gambar yang saya ambik ni sebenarnya dalam sekitar pukul 12.45 tgh hari, setelah selesai kami 'membeli-belah' di sana. Bukannya beli apa pun, tudung raya isteri saya jer (nasib baiklah jumpa yg berkenan).

Saya simpati dengan ramai rakan-rakan seangkatan saya (suami-suami mithali) yang setia menunggu anak-anak agar isteri masing-masing boleh beli belah dengan selesa. Besar sungguh pengorbanan ayah-ayah di bulan puasa ni...semoga diberkati Tuhan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, Maaf Zahir Batin.
Gambar-gambar yang saya ambik ni sebenarnya dalam sekitar pukul 12.45 tgh hari, setelah selesai kami 'membeli-belah' di sana. Bukannya beli apa pun, tudung raya isteri saya jer (nasib baiklah jumpa yg berkenan).
Saya simpati dengan ramai rakan-rakan seangkatan saya (suami-suami mithali) yang setia menunggu anak-anak agar isteri masing-masing boleh beli belah dengan selesa. Besar sungguh pengorbanan ayah-ayah di bulan puasa ni...semoga diberkati Tuhan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, Maaf Zahir Batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)

