Sunday, 6 January 2008

Kenduri di Seremban

Alhamdulillah hari ni saya, isteri dan ahli keluarga dari Perak selamat menjayakan majlis 'belarak' sepupu isteri saya yang berkahwin dengan jejaka (anggota tentera laut) dari Seremban. Majlis diserikan dengan iringan sepasukan tentera berpakaian seragam No. 1, lengkap dengan pedang masing-masing. Teringat pulak masa ayah saya bertugas di Mindef dulu.
Selesai majlis di Seremban kami bertolak balik dan dalam perjalanan singgah sebentar di Nilai 3. Saja jalan-jalan cuci mata dengan barang-barang borong di situ. Ada yang menarik dan tak kurang juga yang tak berapa menarik. Tak ada barang yang saya dan isteri beli. Cuma kami teman emak, ayah & adik-adik meninjau apa-apa yang patut.
Ramai juga orang di Nilai 3, dan kebetulan sekarang musim buah limau manis yang kecik. Berlori-lori orang jual di tepi jalan. Su beli segugus buat kudapan dalam kereta. Sedap jugak !

Tuesday, 1 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008 !!

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke tahun 2008. Bila masuk tahun baru, ramai orang bercakap tentang azam baru. Azam saya tahun ini, saya nak bina keluarga bahagia bersama isteri dan anak tercinta, Suhada & Hanan. Itulah matlamat utama, di samping memajukan perniagaan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan diri yang ada. Kalau boleh, saya nak menulis seberapa kerap di blog ini, insyaallah.

Wednesday, 10 October 2007

Laporan Ringkas Majlis Buka Puasa

Majlis buka puasa berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Kehadiran alhamdulillah, memenuhi meja & tempat duduk yang ditempah. Malangnya ada beberapa org kawan yang tak dapat hadir pada saat-saat akhir atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, termasuklah Mat Tech yang sakit tengkuk dan demam.

Kucai yang dah lama saya tak jumpa, datang dgn wife begitu juga dengan pasangan romantik pengantin baru Paen & Mawar yang masih lagi dalam honeymoon period. Dah lama tak jumpa Kucai, tapi seperti saya, Kirk, Bai, Buyong, Sujak, Papp, Pet, Mem, Bers dan semua rakan-rakan yang lain yang hadir tapi tak disebut di sini, masih maintain macho & hensem (kah kah kah). Mungkin juga disebabkan kami semua lahir dalam tahun Harimau, menyebabkan kami semua awet muda kot....

Bentong pun tak datang, walaupun telah mengesahkan kehadirannya sebelum ni. Walaubagaimanapun, Amer Kong telah menggamatkan suasana dengan tidak hadir bersama teman "+1" nya. Ramai yang tertunggu-tunggu siapakah teman "+1" yang bertuah tu, tapi semuanya hampa. Akan tetapi, untuk mengubati kehampaan rakan-rakan, selepas sembahyang mahgrib, Amer telah membuat pengumuman dan mengedarkan sekali Kad Jemputan Kahwin beliau yang akan diadakan insyaallah pada 24.11.2007 nanti !! Maka sekonyong-konyongnye terdiamlah sekejap mulut pengkritik-pengkritik bebas yang baru nak start kenakan Amer sbb datang sorang jer... Anyway, Alhamdulillah & tahniah pada Amer....

Dengan tak semena-mena, semua orang pressure Buyong malam tu, termasuklah 'juara nasik tambah' iaitu saudara Tamoll. Namun, Buyong dengan steadynya berjaya menepis tekanan-tekanan tersebut seperti biasa dan menampakkan kematangan & pengalaman beliau sebagai "the undisputed" Pengerusi Kelab Bujang selama ini. Setelah dicongak-congak oleh kawan-kawan semua, tinggallah Buyong & Bandit yang masih mengekalkan status bujang masing-masing. Nampaknya persaingan merebut status Pengerusi Kelab Bujang dah tak sehangat tahun-tahun sebelum ni. Tapi kawan-kawan, jangan pandang mereka sebelah mata, siapa tahu, mungkin pada majlis buka puasa tahun depan (atau lebih awal dari tu) kita semua akan menerima breaking news dari Buyong & Bandit, insyaallah...(sama-samalah kita doakan)

Kepada Mem yang baru dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan semalam, tahniah kerana melengkapkan "Mem's Angels" anda...

Kepada semua kawan-kawan, puasa dah tinggal 2 hari saja lagi. Marilah kita penuhi dengan lebih amal ibadat semoga kita menutup puasa tahun ini dengan hebat & cemerlang...
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat atas ketelanjuran tutur kata atau perbuatan saya selama ini.

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati, ingatlah orang tersayang, anda mampu mengubahnya !!

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.