Monday, 30 December 2019

30 Disember 2019

Hari ini, 30 Disember 2019 genaplah 5 tahun Ayah meninggalkan kami semua. Masih banyak amanah dan janji saya kepada Almarhum yang belum tertunai.
Semoga Allah memberikan kemudahan, rezeki dan keberkatan dalam hidup saya untuk dilunaskan dan ditunaikan kesemuanya.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Almarhum Ayah, rahmatilah dan tempatkanlah roh Almarhum Ayah di kalangan Anbia', Syuhada' dan Solihin.

Satukanlah kami semua sekeluarga di Syurga Mu ya Allah.

Amin ya Rabbal Alamin.


Monday, 8 April 2013

Asam Garam Kehidupan

Masa makan malam dengan isteri tercinta tadi, kami sembang2 pasal makanan masin.

Teringat peristiwa yang kami masing2 tak boleh lupa. Satu pagi kami tak sempat breakfast sebab lambat nak ke appointment. Dalam perjalanan diberitahu oleh tuan rumah tempat kami tuju yang beliau dah prepare breakfast. Langkah kanan nampaknya kami....

Sesampainya kami,  terus disambut tuan rumah dan dipelawa ke meja makan. Laparnya kami masa tu tuhan saja yang tahu, tapi masih kontrol macho. Nampak pulak terhidang bihun goreng yg masih panas....rasa nak makan semangkuk jer dek sebab kelaparan.

Saat yang dinantikan tiba, tuan rumah hidangkan bihun sorang sepinggan dan kami pun bismillah dan terus bedal. Malangnya, suapan pertama bihun tu buat saya rasa amat2 tak tau nak cakap. Terkejut, tersedak, tergamam, terkeman, terkesima semua ada. Saya tgk wife saya, dia pun tgk saya.....

Sebabnya.....rasanya ibarat bihun goreng kicap garam. Terlalu lah masinnya sampai rasa nak pecah kepala. Saya gagahkan jugak makan dengan berulamkan air sampai habis. Nasib baik sikit jer yg terhidang dalam pinggan. Tuan rumah pelawa tambah, saya kata dah kenyang.....

Sampailah sekarang, bila terasa makanan masin jer teringat kami pada peristiwa 'bihun goreng kicap garam' tu....

Saturday, 6 April 2013

Jalan-Jalan di Kenanga Wholesale City

Hari ni kami sekeluarga melawat KWC lagi. Ramai manusia hari ni datang membeli belah. Ramai org melayu yang shopping. Sebelum2 ni datang pun ramai org melayu dari bangsa2 lain. Org2 cina, india tak suka shopping barang2 borong kot....

Friday, 5 April 2013

Sesaknya jalan di petang Jumaat

Memandu kereta selepas waktu kerja pada hari jumaat amatlah menghiburkan. Ini kerana macam-macam aktiviti dapat dilakukan di dalam kereta termasuklah membuat catatan di blog ini.

Kita juga dapat melihat memek muka yg berbagai-bagai di kiri dan kanan jalan yang sesak. Semuanya menambahkan warna warni kepada kesesakan jalanraya ini.....selamat memandu!

Thursday, 5 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012 !!


Bila bermula tahun baru, perkara yang sering diperkatakan ialah berkenaan azam baru. Azam tahun baru saya:-

1) meningkatkan prestasi saya sebagai suami kepada isteri tercinta dan ayah kepada 3 orang cahaya mata kesayangan saya.

2) meningkatkan prestasi kerja diri sendiri dan anak-anak buah di pejabat.

3) meneruskan usaha untuk mencapai target jangka pendek dan jangka panjang yang telah ditetapkan.


2012 menyaksikan antara lain, bermulanya sessi persekolahan Play-School Izzah di CIC, Hanan akan menghadapi UPSR dan Ammar bakal menyambut Birthday yang pertama. Semoga 2012 akan lebih bermakna dan berjaya kepada saya sekeluarga, insyaallah.

Tuesday, 20 December 2011

Hari Pertama Izzah Irdhina ke Sekolah


Pagi semalam merupakan hari pertama Izzah ke sekolahnya untuk 'Minggu Orientasi'. Walaupun kami hantar Izzah untuk 'Play School' sahaja, masih ada orientasi jugak bermula semalam hingga 30.12.2011. Hebat sungguh kanak-kanak zaman sekarang ni....


2-3 hari sebelumnya kami dah 'orientasi' kan Izzah supaya dia boleh bangun awal utk ke sekolah, sebab kebiasaannya Izzah akan bangun pukul 10 pagi ke atas. Ibu Izzah lah orang yang paling banyak berpesan kat Izzah sebelum dia mula sekolah, macam nak naik darjah 1 pulak.


Pagi semalam Izzah bangun pukul 8.15 pagi setelah dipujuk-pujuk untuk bangun. Sementara nak sampai depan pintu bilik air 4-5 kali jugak dia terlelap. Semangat Izzah nak pegi sekolah memang tinggi, walaupun dalam keadaan mengantuk....digagahi jugak mandi pagi semalam walaupun sambil berdiri mandi, sambil tersengguk-sengguk. Kesian ada, kelakar pun ada tengok izzah mandi.


Lepas mandi dan siap pakai baju, rutin biasa izzah ialah breakfast nenen botol sambil tengok kartun kat astro. Tapi pagi semalam tak sempat Izzah nak berehat-rehat menikmati breakfast, dah kena kejan dengan abah suruh naik kereta. Terpaksalah sambung nenen dalam kereta pulak. Belum pun habis nenen dah sampai sekolah....tapi Izzah tetap bersemangat dan senyum gembira nak mula sekolah. Kakak Hanan dan abah hantar sampai depan pintu sekolah dan lepas jumpa teacher, dia terus masuk, tak ingat dah kat kami yang hantar dia...macho sungguh.


Yang herannya ada 2-3 orang budak lelaki tengah menangis nak balik, semuanya nampak lebih tua dari Izzah. Ada sorang budak ni sampai tunggu depan pintu keluar dan nak menyelit lari keluar dengan kami. Kesian sungguh tengok muka dia, sungguh terseksa nampaknya kena pergi sekolah....(mungkin ibu dia tak 'orientasi' dia macam ibu Izzah buat....hehe)


Pukul 11 pagi saya jemput Izzah balik. Bangga rasanya bila teacher Izzah bagitau "Izzah bagus takde masalah, dia pandai bawak diri". Tahniah Izzah....hari pertama sekolah yang hebat!! We are proud of you!!


Friday, 16 December 2011

Azam baru !

Dah lebih 2 tahun sejak kali terakhir saya membuat catatan di sini.....sekejap saja masa berjalan. Oleh yang demikian, saya dengan ini berazam dengan sepenuh hati untuk memakmurkan blog saya dgn catatan-catatan yang menarik memandangkan sudah tak ada lagi alasan utk tidak bergiat aktif. Ini kerana saya boleh mencatat apa jua di mana saja berbekalkan telefon pintar Blakckberry dan Samsung Note saya..... Semoga azam kali ini akan dilaksanakan dengan jayanya....insyaallah

Sunday, 13 September 2009

Seminggu Sebelum Raya !!

Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, maka ramailah manusia berduyun-duyun melangkah ke Jalan TAR untuk membuat persiapan terakhir. Maka tak terkecualilah saya dan isteri berkunjung ke Jalan TAR seawal jam 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan dan meramaikan lagi keadaan yang semamangnya sesak di sana.


Gambar-gambar yang saya ambik ni sebenarnya dalam sekitar pukul 12.45 tgh hari, setelah selesai kami 'membeli-belah' di sana. Bukannya beli apa pun, tudung raya isteri saya jer (nasib baiklah jumpa yg berkenan).



Saya simpati dengan ramai rakan-rakan seangkatan saya (suami-suami mithali) yang setia menunggu anak-anak agar isteri masing-masing boleh beli belah dengan selesa. Besar sungguh pengorbanan ayah-ayah di bulan puasa ni...semoga diberkati Tuhan.



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, Maaf Zahir Batin.

Tuesday, 4 August 2009

Golf !

Jari hantu sebelah kanan yang patah baru saja sembuh bulan Mei hari tu. Masuk hari ni, dah 3 kali saya berjinak2 kembali dengan golf. Game saya masih huru hara. Nak kena belajar dengan sifu jugak ni. Kawan2 semua kebanyakan dah advance beberapa kilometer di depan. Susah jugak nak catch up ni. Baru rasa nak belajar dan training betul2, dah nak puasa pulak. Jadi kenalah tangguh dulu niat tu dan sambung lepas raya nanti. Tengoklah macam mana nanti.

Saturday, 2 May 2009

Cuti Hari Pekerja macam cuti Hari Raya !

Tanggal 1 Mei setiap tahun kita sambut Hari Pekerja. Kebetulannya tahun ni jatuh hari jumaat, jadi panjanglah cuti hujung minggu. Sebetulnya kami sekeluarga nak ke Melaka melawat adik beradik di sana, tapi last minute, buat keputusan untuk balik kampung.

Semalam kami bertolak pukul 11 pagi dari rumah. Sampai ke Semanggol 10 minit nak pukul 5 ptg. Kami dah agak jalan akan penuh dengan kereta, tapi tak sangka sesak macam balik Raya. Semua R&R sepanjang PLUS penuh sesak dengan orang. Ramai jugak yang ambik kesempatan berkelah di bawah-bawah pokok. Kami berkelah makan KFC saja dalam kereta di R&R Tapah.

Walaupun perjalanan letih tapi seronok. Ahad ni nak balik kl, nak bertolak pukul berapa pulak? Entahler, kena ikut instinct.

Thursday, 23 April 2009

Izzah Irdhina

Kali terakhir saya menulis di blog ni - tahun lepas. Masa tu, isteri sedang di wad bersalin. ALhamdulillah 25.10.2008 puteri kedua saya selamat dilahirkan dan diberi nama Izzah Irdhina.

3 malam kami berkampung di wad bersalin, tapi malam keempat barulah izzah dilahirkan. Itu pun lepas saya berbisik padanya masa masih dalam kandungan bagitau yang kami buat keputusan untuk menamakannya izzah irdhina. Lepas je confirm nama, terus sakit nak bersalin dan bersalin. Mungkin kebetulan kot.

Sekarang izzah dah nak masuk 6 bulan. Dah mula makan nestum beras dan biskut bayi. Seronoknya rasa setiap kali teringatkan izzah. Kesian jugak kat ibunya yang tak pernah jemu layan kerenah izzah. Kak yongnya pun sama, tak jemu-jemu buat lawak kat adik kesayangannya tu. Hidup kami benar-benar berubah dengan kehadiran izzah. Semoga tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki kami sekeluarga. Insyaallah.

Thursday, 23 October 2008

Bermalam di wad bersalin

Petang semalam Su mengadu anak dalam kandungan kurang bergerak. Sebenarnya dah dua hari pergerakan anak tak secergas biasa. Kami terus ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan.


Doktor kata memang keadaan baby sedikit lemah dari biasa. Jadi, Su ditahan di wad bersalin untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin pagi khamis doktor akan induce untuk bersalin.


Su terpaksa bermalam di wad bersalin, saya pun sama. Susah jugak nak explain pada anak sulung kami hanan kenapa dia tak boleh ikut bermalam di hospital. Katanya umur dia 8 tahun dan dia takkan ganggu ibu atau buat karenah di hospital. setelah saya berbincang panjang lebar dengan dia, barulah dia terima yang dia memang tak boleh bermalam di hospital. Tambahan pulak dia ada peperiksaan akhir tahun 2-3 hari ni.


Sebak saya tengok hanan bila air mata dia bergenang menahan tangis sebab tak dapat ikut saya ke hospital. Maklumlah, kami tak pernah tinggal dia tidur sorang-sorang sebelum ni. Tapi apakan daya.

Selepas 10 minit saya bertolak dari rumah ke Pusrawi, hanan telefon saya. Sambil cuba menahan sedih dan menangis dia katakan dia sunyi dan bosan duduk seorang dalam bilik. Nak tidur dengan siapa katanya. Puaslah saya pujuk dia, akhirnya dia mengalah. Sedih jugak saya lepas tu.


Sesampai di wad bersalin kami makan bubur kacang hijau campur durian yang mak buat. Lepas bersembang sikit sebanyak dengan Su, kami pun tidur pukul 12 lebih. Su atas katil, saya ditepi katil je, atas kerusi. Memandangkan saya pun demam panas, sakit tekak dan selsema malam tu, senanglah jugak nak lelap sebab dah makan ubat, especially ubat selsema yang kesannya macam ubat tidur jugak.


Walaupun tak senyenyak atas katil, dapatlah jugak saya lelap, tapi kalau tak silap setiap sejam saya akan bertukar posisi atas kerusi tu. Kali pertama rasanya saya tidur atas kerusi untuk semalaman. Malangnya lepas 5.30 saya dah tak boleh lelap mata sampailah masa saya tulis catatan ni.


Nak breakfast, makan ubat dan tunggu keputusan doktor pagi ni. Mudah2an Allah spermudahkan Su bersalin dan semuanya selamat. Amin.

Wednesday, 22 October 2008

Yang besar lagi dari ni ada ke?

Saya tak sihat sangat hari ni. Berkemungkinan minum ais berlebihan atau makan sambal belacan masa lunch. Pagi ni ke klinik sebelum mula kerja. Seperti biasa doktor cek tekak, cek belakang, dada dan ambik tekanan darah. Doktor kata temperature naik skit, tekanan darah ok tekak merah. Saya mintak doktor bagi antibiotik yang kuat supaya cepat baik.


Selang dua mini lepas keluar dari bilik doktor, pembantu klinik pun panggil. "En Husni..." Saya pun ke kaunter. Tiga jenis ubat doktor bagi, antibiotik, tahan sakit dan ubat tekak. Sekali lagi saya dapat antibiotik yang besar. Saya tanya "Dik, antibiotik yang besar lagi dari yang ni ada ke?" Jawapnya "Takde abg, ni yang paling besar sekali..". Memang besar pun, sebesar ibu jari saya. Kalau tak pandai telan boleh tersangkut kat tekak!!

Monday, 20 October 2008

Semangat Nicol David

Syabas Datuk Nicol David atas kemenangan di World Open Championship !


Tahun lepas Nicol kalah, tahun ni tebus balik. Yang menariknya, Nicol tak pernah salahkan orang lain kalau kalah. Tak pernah nak beri alasan yang tak munasabah. Semangat juangnya kental dan jatidirinya kuat.. Kalau tak, takkanlah boleh bertahan untuk jadi pemain terbaik dunia pada usia muda.


Kenapa rakyat Malaysia lain tak mahu jadikan Nicol contoh? Ramai ahli politik, bila dah kalah, cepat salahkan orang lain. Sabotajlah, politik wanglah, komplot, tikam belakang dan berbagai lagi alasan. Diri sendiri yang tak layak memimpin tak nampak. Bolasepak Malaysia satu lagi wayang yang tak tau bila nak berubah. Semua orang salahkan orang lain kecuali diri sendiri sebab tu lah kedudukan Malaysia makin merudum. Badminton, prestasi macam yo yo, bawak jurulatih 'world class' pun tak boleh nak ubah mentaliti pemain kita yang hangat hangat tahi ayam.


Datuk Nicol David patut jadi mentor pada semua orang sakit ni barulah kita akan nampak perubahan.

Thursday, 9 October 2008

Balik Kampung !!

Sedihnya raya tahun nie, raya ketiga baru boleh balik kampung. Semua gara-gara sue tak dapat cuti hari jumaat. Raya kedua kami berdua aje di rumah, hanan dan seluruh ahli keluarga balik beraya ke kampung mak dan ayah di Perak & Seberang Prai. Lepas tu tidur 2 malam di Sungai Petani, rumah Izzati.


Nasib baiklah raya ketiga sampai jugak kami ke kampung sue di Semanggol. Barulah rasa suasana macam raya. Keesokannya sangatlah meriah bila segerombolan ahli keluarga sari SP singah ke rumah sue untuk beraya. Menu special tengah hari tu ... apa lagi kalau bukan Laksa. Sedap betul laksa Mak Umi masak.
Balik ke KL hari ahad. Bertolak Pukul 1 ptg sampai rumah pukul 7.45 mlm. Lama lah jugak, tapi alhamdulillah semua selamat. Sekarang nie, fokus beralih pada sue dan baby dalam kandungan.... Kehadiranmu dinanti penuh debaran...Semoga semuanya selamat, insyaallah.

Tuesday, 16 September 2008

Bazar Ramadhan ke Pasar Ramadhan?

Seperti biasa, setiap kali Ramadhan menjelma, banyaklah bazar Ramadhan @ pasar Ramadhan dibuka merata-rata. Hampir setiap taman perumahan ada sekurang-kurangnya satu. Tapi saya masih tak pasti samada patut dipanggil "Bazar" ataupun "Pasar" Ramadhan @ Juadah ? Lain tempat, lainlah penggunaan istilahnya. Mungkin kalangan jurubahasa di Dewan Bahasa boleh tolong isytiharkan penggunaan istilah yang paling tepat. Saya percaya ramai yang agak keliru, tapi disebabkan waktu kita ke sana dah dekat waktu nak berbuka, jadi kepenatan, lapar dan dahaga buat kita tak kisah pun samada 'bazar' atau 'pasar'. Janji boleh beli makanan yang diidamkan sudah.
Tahun ni, hampir setiap petang saya ke sana (kalau tak hujan lebat), maklumlah isteri sedang sarat mengandung, macam-macam yang diidamkan. Tapi setakat ni, belum lagi jumpa juadah yang betul-betul mengancam. Semuanya mcm dah biasa rasa je. Nak cuba jugak ke Jalan Raja Alang, mana tahu ada terjumpa juadah yang 'luar biasa' sedapnya.

Saturday, 6 September 2008

Macam-Macam Ada Di Malaysia !

Dah lama saya tak menulis di blog ni. Sejak dari 30.6.08 sehinggalah sekarang. Banyak perkara berlaku di sana sini, antaranya yg boleh saya ingat :

Minyak Petrol

Harga minyak petrol diturunkan dari RM2.70 kepada RM2.55, sejurus sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh. Kata Pak Lah kalau tak bagi masa tu, takut harga minyak naik lagi dan rakyat mungkin tak dapat merasa penurunan harga minyak langsung. Sungguh ke Pak Lah?

Politik

Pilihanraya kecil Permatang Pauh disifatkan sebagai antara yang ter'ganas' dari segi proses disebabkan beberapa insiden melibatkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Tapi lepas pilihanraya, senyap sunyi je, takde pulak berita-berita susulan penangkapan atau dakwaan dibuat pada pihak-pihak yang meng'ganas' tersebut. Polis Malaysia yang terkenal cekap pun masih gagal menjejaki beberapa muka 'wanted' yang disiarkan di akhbar pada masa kempen tempoh hari. Siapalah sebenarnya individu-individu yang mengganas tu ?
DSAI menang besar di Permatang Pauh walaupun dilanda kontroversi sumpah laknat oleh Saiful. Pelbagai cubaan juga dibuat oleh BN untuk merosakkan reputasi Anwar termasuklah pendedahan oleh bekas kroni-kroninyer seperti Ezam dan Nalla tentang perbuatan Anwar di masa lampau. Secara peribadi, saya rasa ada dua kemungkinan taktik yang diguna pakai oleh BN tidak menjadi. Pertama, rakyat di Permatang Pauh sudah begitu taksub dengan Anwar sehingga apa saja yang dilafazkannya seolah-olah 'sabda' seorang Nabi yang tiada cacat celanya. Kedua, rakyat mungkin sudah muak dengan propaganda serta taktik lama BN untuk menjatuhkan pihak pembangkang. Kenalah cari taktik baru kot BN?
Ramadhan
Ramadhan al mubarak kini kembali. Alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur untuk kembali memasuki 'Kem Ibadah' selama sebulan bagi beramal ibadat, bermuhasabah, membina semula peribadi dan mempersiapkan diri untuk menghadapi kesebelasan bulah hijrah seterusnya. Ramadahan juga datang pada ketika kita semua berdepan dengan krisis kenaikan harga barang dan kemelesetan ekonomi. Marilah menghayati Ramadhan dengan penuh keinsafan..

Monday, 30 June 2008

Kemelut 1998 Berulang Kembali??

Semalam rakyat Malaysia sekali lagi di'kejut'kan dengan dakwaan seorang bekas pelajar Uniten mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terkejut tak anda dengan perkembangan terbaru ni atau berita ni sudah jadi sesuatu yang tak menghairankan. Nampak gaya kedua-dua belah pihak baik BN mahupun Pakatan Rakyat saling serang menyerang dalam usaha terdesak masing-masing untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia.
Anwar Ibrahim, kenapa pulak menyorok ke Kedutaan Turki? Takut dengan bayang-bayang sendiri atau dah serik disoal siasat Polis lagi? Lagak macam orang bersalah je... Kalau tak salah, kenapa nak takut? Anwar bijak dan lantang mencanang dan mempelopori kesalahan orang dan seteru politiknya, tapi bila kena atas batang hidung sendiri, lari pulak !! Kelam kabut Datin Seri dan sekelian keluarga PKR mempertahankan Anwar, macam tahun 1998. Masih ingatkah kita penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar bagi kes liwat dulu? Kalau tak ingat biar saya ingatkan. Kesemua Hakim bersetuju dari keterangan bahawa perbuatan liwat yang diceritakan oleh mangsa benar berlaku. Tapi Anwar terlepas kerana tafsiran Hakim terhadap kedudukan Azizan samada sebagai "Orang Bersubahat" ataupun "Mangsa". Dua Hakim kata Azizan sebagai "Orang Bersubahat" jadi keterangannya hendaklah disokong oleh bukti-bukti lain manakala seorang kata Azizan adalah "mangsa" dan keterangannya sendiri tanpa disokong bukti tambahan adalah memadai. Demikianlah hakikatnya keputusan Mahkamah.
Anda bagaimana? Tuduhan liwat sesuatu yang amat berat. Nilaikanlah sendiri, namun hanya Allah yang maha mengetahui....

Wednesday, 18 June 2008

-Periksa Dulu Sebelum Cakap !! KJ dan Laporan Kewangan Petronas-

YB Khairy Jamaluddin mencadangkan bahawa Laporan Kewangan Petronas dibuka kepada umum supaya rakyat boleh meneliti perjalanan untung rugi Petronas untuk menjadikannya lebih telus dan supaya rakyat tahu kemanakah duit Petronas dibelanjakan. Semalam, Tan Sri Pengerusi Petronas membidas kenyataan KJ dan menyatakan Petronas telah, selama 18 tahun kebelakangan ini, mencetak 5000 naskhah Laporan Kewangannya setiap tahun dan diedarkan kepada Menteri, Badan Kerajaan dan lain-lain walaupun sebenarnya hanya dikehendaki untuk mencetak hanya 2 salinan Laporan berkenaan.
YB KJ nampaknya tak buat 'homework' dulu sebelum buat cadangan. Agak-agaknya siapalah penasihat KJ yang tersilap bagi maklumat pada dia kali ni. Kalau saya, malulah jugak bila kelantangan bersuara diperlekeh dengan fakta yang mudah ! Kalau baru sekali dua Petronas buat macam tu, bolehlah dimaafkan lagi, tapi hakikatnya dah 18 tahun dipraktikkan !!
YB KJ - kena ambik pengajaran, Periksa Dulu Sebelum Cakap !!

Monday, 16 June 2008

Dapat subsidi terus shopping !!

Tinjauan akhbar mendapati kebanyakan Pejabat Pos yang terletak di kompleks beli belah jadi tumpuan hangat penerima-penerima subsidi. Kebanyakan dari mereka terus berbelanja di kompleks beli belah tersebut setelah menerima wang subsidi berkenaan.


RM625, banyak jugak untuk dibelanjakan. Bagi yang dah berkeluarga, berbelanja membeli barang keperluan rumah jadi keutamaan. Memang dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tapi janganlah disalahgunakan wang tersebut untuk tujuan-tujuan tak berfaedah. Orang kita ni selalunya kalau dapat rezeki terpijak macam ni mereka gunakan untuk belanja ke arah yang tak sepatutnya. Tapi mungkin itu tabiat dulu. Rasanya sekarang ni dah ramai yang menghargai dan bijak mengurus perbelanjaan.
Harap-harap kerajaan boleh umumkan beberapa pakej pertolongan lagi kepada rakyat, khususnya bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah kerana golongan ini yang begitu terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Cuma, langkah bayar gaji 2 kali tu, tak praktikal dan eloklah dibatalkan aje.